catatan baru

Wednesday, March 4, 2009

"RazakSAT Dilancar Selewatnya Mei"

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Satelit mikro kedua negara, RazakSAT yang tertangguh pelancarannya beberapa kali dijangka berada di orbit selewat-lewatnya Mei ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB), Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad berkata, satelit yang sepatutnya dilancarkan pada Mac ini ditunda sekali lagi berikutan tiada slot yang sesuai pada bulan tersebut.

"Selain RazakSAT, dua satelit kecil untuk kawalan dan pemantauan iaitu InnoSAT dan CubeSAT akan turut dilancarkan ke orbit beberapa minit selepas itu,'' katanya pada majlis makan malam Penghargaan Pelanggan dan Rakan Niaga ATSB di sini malam semalam.
RazakSat akan dilancarkan ke angkasa lepas oleh Space Exploration Technology (SpaceX) Amerika Syarikat, syarikat yang ditauliahkan untuk melepaskan satelit itu ke angkasa lepas menggunakan pelancar Falcon-1 milik SpaceX.

Lokasi pelancaran ialah di Pulau Kwajeilin, Kepulauan Micronesia berhampiran Lautan Pasifik.
Satelit orbit hampir Khatulistiwa itu merupakan jenis pertama seumpamanya di dunia dan mampu memberi resolusi lebih kecil iaitu pada jarak 2.5 meter hingga lima meter.

No comments: