catatan baru

Wednesday, May 20, 2009

Adakah anda yakin.....??

Adakah anda yakin bahawa anda akan sentiasa selamat dan terjaga dari segala musibah atau sebarang masalah yang menimpa?
Adakah anda yakin bahawa suatu hari nanti anda akan masuk ke dalam syurga apabila anda telah meninggalkan dunia yang fana ini?

Pada masa kini, ramai orang yang lalai dengan kesenangan dunia. Sehingga ada yang sanggup melupakan tanggungjawab mereka samada kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat mahupun kepada negara, bangsa dan agama. Kelalaian ini terbukti apabila banyak kes-kes yang berlaku pada masa kini. Tidak mengira besar atau kecil, peristiwa-peristiwa seperti murtad, buang bayi, rogol, ragut dan banyak lagi telah mengundang pelbagai masalah kepada kita semua.

Cubalah kita berfikir sejenak, bagaimanakah kita seharusnya menjalani hidup. Apakah peraturan-peraturan yang patut kita patuhi semasa kita masih hidup ini.
Lupakah kita pada siapa kita seharusnya bermunajat?
Lupakah kita pada siapa kita wajib sujud?
Lupakah kita pada pegang kita yang akan memimpin kita ke jalan yang benar?
Lupakah kita, kita dicipta dari sejijik air mani?

Dan,

Lupakah kita bahawa kita dahulunya adalah sangat lemah dan tidak sempurna,
Sehingga sekarang kita masih lemah, malas dan alpa..

Rasa bersyukur seharusnya wujud dalam diri semua orang. Janganlah kita asyik berbangga dengan apa yang kita ada. Ia tidak akan kekal lama juga. Bertakafurlah, bermunajatlah, berdoalah dan berfikirlah sejenak tentang diri kita ini. Bermuhasabah dirilah.. Semoga hidup kita dirahmati dan diredai oleh-NYA..

No comments: