catatan baru

Sunday, May 31, 2009

Hujung Minggu...

Skrg ni dah pertengahan tahun...
Jadi, cuti semester pun dah mula lah..
Bagi mereka yang bersekolah..
Aku tak sekolah, masih lagi kat giatmara tuaran...

Rugilah... Sume kawan2 p cuti dan enjoy..
Ktorg pla kena p Giatmara..
Tapi tak palah..
Xlama lagi nak kluar dah gak..

Hehe...
Aku ingt nak join dorg ni p cuti2, jalan2..
P mancingkah... Makan angin kah...
Tapi nampaknya tak dapatlah....
Bnyak keja lagi nak kena buat ni...

Kena perah otak dlu sebelum masuk ke Form6...
Bila dah masuk nnti.. tentu banyak keja nak kena buat...
Minta tolong kat kawanlah...
Biar Tip-top gak ckit..
Brulah mantap..

Apa-apa pun...
Jangan lah anda menghisap GAM...kerna..
Ia membahayakan kesihatan anda dan kelurga anda...hehehe

Friday, May 29, 2009

Aslmkum.... Hari ini dan semalam...

Kelmarin kitorg bnyak keja...
Cikgu kmi takda... So, kena siap kan nota dan hantar kat meja cikgu...
Satu hal lagi... Apabila kmi kena suruh burn projek Ulead kmi...
Aku memang dah siap.. dah burn dah pun...
Cuma masa lebih ckit dan ada slek ckitlah...
Tapi xpalah, yang penting projek tu siap dan dah ready nak kena hntr ni...

Hari pla, ada agensi dari keusahawanan dtg kat sni..
Cm besa, dia nak bagi taklimat atau ceramah tentang keusahawanan...
Lpas ja majlis bacaan surah yasin dan jamuan ckit...
Ktorgpun p lah bilik mesyuarat...
Dngar taklimat tu..
Lama gaklah... Smpai nak tdur2 dah ni..hehe

Hri ni, hri sukan kat sni...
Jd, dorg sume pun nak sukanlah...kih3..
Tapi aku belum nak turun lagi...
Harap esok adalah lebih baik daripada hari ni...
Klu x..
Memang Rugi Habislah.....

Wednesday, May 27, 2009

Memasuki Bulan Akhir di Giatmara Tuaran

Memasuki bulan-bulan terakhir Di Giatmara Tuaran iaitu akhir bulan 6.
Semua pelatih sibuk menyiapkan tugasan masing-masing.
Ada yang buat portfolio, core arbilities, video dan banyak lagi.
Jahitan pula sibuk menyiapkan modul mereka dengan menyiapkan pakaian mereka.

Lain pula hal sikap dan disiplin di sini ni.
Maklumlah dah nak tinggalkan Giatmara Tuaran.
Jadi nak tinggalkan sedikit kenangan dengan membuat perangai-perangai yang tidak sepatutnya.
Tapi tak palah,
Yang susah bukan aku, Doranglah bha kan.

Aku masih abnyak tugasan lagi,
nak kena siapkan banyak fail dan keja.
Pastu baru keluar masuk akt skul Badin.
Jadi pelajar lah lagi,
hehehe

Tuesday, May 26, 2009

Pentingnya taat pada IBU mu


Gambar yang penulis masukkan ini adalah gambar yang berada dalam simpanan penulis.Apa yang ingin dikongsikan ialah , cerita yang mengatakan bahawa wanita tersebut bertukar menjadi binatang kera setelah memarahi ibunya yang membaca al-Quran dan melempar al-Quran tersebut ke tanah…. gambar tersebut, penulis dapat daripada seorang Arab Yaman ketika berada dalam bas.Katanya peristiwa tersebut berlaku Oman….

Apabila perkara tersebut menimbulkan kegelisahan dikalangan penduduk Yaman , maka seorang Syaikh yang bernama Asy-Syaikh Hasan asy-Syafie telah mengambil tindakan dengan menelefon seorang kawannya yang berada di Oman untuk mengesahkan peristiwa tersebut , dan jawapannya ialah gambar tersebut merupakan gambar patung yang dirakam semasa pameran barang–barang pelik dan antik yang diadakan di Oman…bukannya betul-betul berlaku seperti yang diceritakan.

Itulah sikap sebahagian manusia yang berniat baik , tapi salah caranya….

Wednesday, May 20, 2009

Adakah anda yakin.....??

Adakah anda yakin bahawa anda akan sentiasa selamat dan terjaga dari segala musibah atau sebarang masalah yang menimpa?
Adakah anda yakin bahawa suatu hari nanti anda akan masuk ke dalam syurga apabila anda telah meninggalkan dunia yang fana ini?

Pada masa kini, ramai orang yang lalai dengan kesenangan dunia. Sehingga ada yang sanggup melupakan tanggungjawab mereka samada kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat mahupun kepada negara, bangsa dan agama. Kelalaian ini terbukti apabila banyak kes-kes yang berlaku pada masa kini. Tidak mengira besar atau kecil, peristiwa-peristiwa seperti murtad, buang bayi, rogol, ragut dan banyak lagi telah mengundang pelbagai masalah kepada kita semua.

Cubalah kita berfikir sejenak, bagaimanakah kita seharusnya menjalani hidup. Apakah peraturan-peraturan yang patut kita patuhi semasa kita masih hidup ini.
Lupakah kita pada siapa kita seharusnya bermunajat?
Lupakah kita pada siapa kita wajib sujud?
Lupakah kita pada pegang kita yang akan memimpin kita ke jalan yang benar?
Lupakah kita, kita dicipta dari sejijik air mani?

Dan,

Lupakah kita bahawa kita dahulunya adalah sangat lemah dan tidak sempurna,
Sehingga sekarang kita masih lemah, malas dan alpa..

Rasa bersyukur seharusnya wujud dalam diri semua orang. Janganlah kita asyik berbangga dengan apa yang kita ada. Ia tidak akan kekal lama juga. Bertakafurlah, bermunajatlah, berdoalah dan berfikirlah sejenak tentang diri kita ini. Bermuhasabah dirilah.. Semoga hidup kita dirahmati dan diredai oleh-NYA..

Tuesday, May 19, 2009

...Semalam yang hangat di Giatmara Tuaran..

Kelmarin, naziran dtng p Giatmara tmpt aku berkursus ni. maklumlah, dah tercalon dalam Anugerah Kualiti.. bez giler.. Patutlah sejak akhir-akhir ni warga kat sini sibuj sangat mengemas dan mencantik kawasan Giatmara ni. Apapun, memang bezlah.. Dorg dtg p sni.. Lpas tu, siap ambik gambar kmi lagi.. Tak ke bangganya korg bila gmbr korg masuk dalam majalah dorg nnti...hehe

Hari ni pula, Aku berbincang dengan puan pengetua soal kemasukan ke tingkatan enam tu.. Bnyak yang kmi bincangkan sehingga nak kena buat surat memohon penagguhan lagi. Nampaknya, lpas ni nak kena p Badin lagi... Jumpa lagi puan pengetua tu, hantar surat dan bincang lagi... Huh.. Doa ja lah agar tak banyak masalah waktu masuk tingkatan enam tu nnti.

yang aku bingung skrg ni, mcm mna aku nak kejar semua topik yang aku ketingalan tu nnti.. Nampaknya aku akan ketinggalan banyak dan terpaksalah minta tlng kat kawan dengan meminjam buku nota dia... harap-harap kemasukan aku ke tingkatan enam ni akan memberi manfaat kepada masa depan aku...hehe... Salam...

Monday, May 18, 2009

Apa dah jadi... Hr ni....

Aslmkum....
Hr ni aku btul2 sbuklah.... ada p sekolah baru td... Uruskan pendaftaran kemasukan ke tingkatan enam. jumpa pengetua sekolah dan bincang dengan dia soal masalah kemasukan aku ni... nasiblah tak payah jalan kaki. naik keta kawan ja p sana... klu jalan kaki lagi.. tambahlah... pingsan trus kali aku hari ni.... Apa pun, kena usaha lebih untuk tingkatan enam ni.... kena struggle btul2lah... doakan ja lah kejayaan aku ni.... hehe..

Wednesday, May 13, 2009

50 000 Remaja Melayu Mohon Murtad??

Baru-baru ini, seorang ustaz dari Jabatan Agama Islam di salah sebuah negeri di Malaysia, telah menyampaikan ceramah di Seremban mengenai Maulidur Rasul. Beliau menceritakan di kala umat Islam di Malaysia sedang meraikan Maulidur Rasul, pada masa yang sama, beliau mendakwa 50,000 remaja Melayu di Lembah Klang sedang membuat permohonan untuk murtad.

Kes-kes murtad sebelum ini dianggap satu kes yang sensitif di mana ianya tidak dibincang secara terbuka dan statistiknya tidak didedahkan kepada umum. Mengapakah isu murtad ini tidak dibincang dengan fikiran yang terbuka di kalangan umat Islam?

Hanya yang kita dengar, cadangan penubuhan suruhanjaya antara agama akan menggugat kepentingan umat Islam di Malaysia ini. Antara cadangan yang dikemukakan ialah permohonan murtad haruslah diuruskan oleh mahkamah sivil dan tidak perlu diproses oleh mahkamah syariah seperti yang berlaku sekarang ini.

Mengapa kita, pada satu sudut, memandang negatif terhadap kumpulan yang pada tanggapan kita, akan lebih menggalakkan lagi gejala murtad, sedangkan kita tidak pernah mengkaji mengapa angka murtad semakin hari semakin membimbangkan?

Pihak berkuasa agama Islam haruslah mendedahkan statistik murtad ini kepada umat Islam di Malaysia kerana gejala murtad ini boleh merosakkan institusi keluarga Islam lebih teruk daripada gejala sosial dan dadah.

Ada yang mengatakan bahawa rata-rata remaja Melayu keluar daripada agama Islam bukan kerana mereka percayakan kebenaran agama-agama lain, tetapi hanyalah sekadar mereka tidak gemar untuk mengamalkan Islam, suka hidup bebas, suka meminum arak dan bermain judi.

Mungkin ada pula yang memikirkan terdapat terlalu banyak sekatan dalam agama Islam itu sendiri. Ini jelas terbukti apabila khutbah dan ceramah di masjid di Malaysia ini, perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa. Ini menyebabkan para khatib bukannya berkhutbah seperti yang sepatutnya, akan tetapi hanya sekadar membaca teks khutbah yang mana ini boleh dilakukan oleh kebanyakan orang.

Bagaimana mereka hendak tertarik pada Islam apabila khatib tidak pandai menyampaikan khutbah mengikut isu semasa dan keadaan setempat. Bayangkan isi khutbah yang di bandar turut sama dibaca di tanah-tanah rancangan, sedangkan keadaan di bandar tidak semestinya sama dengan di luar bandar.

Ini berlainan sekali dengan agama lain. Kita dapati tiada larangan dan halangan untuk pendeta mereka untuk memberikan ceramah. Sudah pasti ada remaja Melayu yang tertarik kerana senario begitu berbeza sekali apabila pendeta bebas dan petah berceramah dalam perjumpaan mingguan, sedangkan khatib kita hanya boleh berceramah menggunakan teks yang diluluskan.

Maka tidak harianlah pada hari Jumaat, apabila khatib sedang berkhutbah, ada sahaja para jemaah yang tersengguk-sengguk menahan ngantuk ataupun mungkin ada yang terlena terus sehingga badan membongkok dan dahi hampir mencecah bumi.

Segala permasalahan yang melanda umat Islam sekarang ini haruslah berbalik kepada al-Quran dan Sunnah serta sentiasa mendapatkan nasihat para ulama. Bagaimana kita hendak membendung gejala murtad ini jika masjid dan surau kita tidak dimakmurkan?

Bagaimana kita hendak membendung gejala murtad ini jika masjid-masjid hanya dijadikan tempat tarikan pelancong serta dihiasi dengan pelbagai perhiasan yang terkini, sedangkan ianya sepi daripada para jemaah yang mendirikan solat lima kali sehari semalam?

Marilah kita menghidupkan kembali sunnah Rasulullah SAW. Penuhkanlah masjid setiap kali solat lima waktu dan bukan hanya pada hari-hari kebesaran atau bukan hanya apabila ada pemimpin kerajaan datang berkunjung, barulah jemaah serta jawatankuasanya mula menampakkan wajah di masjid.

Tuesday, May 5, 2009


.....CeRitA HaRi iNi....


Aslmkum..... Hari ini ktorg buat parti jaga-jaga dan jamuan sempena hari lahir.. Parti ni bermula dengan pembahagian hadiah parti jaga-jaga. Lepas tu, kitorg buatlah parti sambutan hari lahir... memang seronoklah... Tak tau nak cakap apa, satu org dapat dua buah hadiah... Best..hehe.

Hari ni hari lahir Cgu Zai... Gembiralah Cgu tu... Suka dia....hehe


Tp, hari ni jugalah aku kecewa sangat apabila permohonan kemasukan ke IPTA aku tidak kena terima. Huh... terpaksalah buat rayuan.... Tiga dah rayuan aku buat ni... Mungkin bukan rezeki aku kut... Tunggu ja lah... mna tau dapat... Klu tak, nak kena ikhtihar ni... hehehe