catatan baru

Thursday, April 16, 2009

..Kewujudan Manusia Di Bawah Tanah..

Apakah yang anda faham mengenai planet bumi? Tentu ramai yang akan menjawab bahawa kerak bumi (tanah) sebenarnya adalah satu lapisan yang agak nipis dan ia berada di atas lahar-lahar yang amat panas. Dan kerak bumi ini sentiasa bergerak-gerak, menyebabkan terjadinya gempa bumi, tsunami, gunung-ganang dan gaung-gaung lautan. Itu adalah asas kefahaman ramai orang. Maka kalaulah ada orang yang berani menyatakan bahawa ada manusia yang hidup dalam bumi, tentulah ramai orang akan menolaknya mentah-mentah atas alasan bahawa bawah bumi amat panas dan tidak sesuai untuk didiami oleh manusia. Ini adalah sebab mereka gunakan teori bahawa bawah bumi ini amat panas.

Tapi benarkah bawah bumi ini amat panas? Adakah dengan adanya gunung-gunung berapi dan geysers serta kolam-kolam air panas maka manusia buat keputusan bahawa bawah bumi ini amat panas? Adakah di bawah kerak bumi ada lapisan demi lapisan yang semakin panas, hingga batu-batu menjadi cair? Teori yang dipelajari umum memanglah begitu, tapi belum ada manusia yang benar-benar sampai ke pusat bumi untuk mengesahkannya.

Tapi adakah bumi ini berlubang di tengahnya? Ini ada satu teori lain. Malah ramai juga yang mendokong teori tersebut. Mereka berpendapat bahawa bukan saja bumi ini berlubang di tengahnya, malah ia dihuni oleh kelompok manusia yang berjuta jumlahnya, dan mereka ini mempunyai teknologi yang jauh lebih maju daripada manusia yang berada di atas kerak bumi. Sebenarnya pendapat ini sudah wujud sejak beribu-ribu tahun lampau, dan tempat di mana wujudnya "bumi kembar" ini dinamakan Agartha, dan di sana ada bandaraya yang dinamakan Shambala. Terdapat kira-kira 13 lubang-lubang untuk sampai ke sana dari permukaan bumi kita. Salah satu dari lubang-lubang itu berada di kawasan banjaran Gunung Himalaya.

Benarkah semua ini? Saya ingin bawa semula anda kepada persoalan "alien". Ada pendapat yang menyatakan bahawa mereka ini sebenarnya datang dari bawah bumi kita, bukan dari angkasa lepas. Malah ada pendapat yang menyatakan bahawa Hitler dan para pengikutnya telah melarikan diri ke bawah bumi bila kalah dalam Perang Dunia Kedua dulu. Sebagaimana yang telah saya catat dalam artikel sebelum ini, German sudah tahu bagaimana membina piring terbang pada zaman tersebut, dan tidaklah jadi sesuatu yang menghairankan jika kita boleh lihat piring terbang berlegar di angkasa, kemudian ghaib entah ke mana. Kaum yang mendiami bawah bumi ini digelar kaum Naga oleh setengah pengkaji, dan mereka ini pakar dalam hal teknologi air. Mereka dikatakan keluar masuk ke permukaan bumi melalui air, sama ada sungai atau laut atau lautan. Maksudnya, sebahagian dari lubang untuk sampai ke perut bumi berada di bawah air.

Bagaimanakah gambaran kaum Naga ini mengikut para pengkaji? "Nagas are described as a very advanced race or species, with a highly-developed technology. They also harbor a disdain for human beings, whom they are said to abduct, torture, interbreed with and even to eat." Nampaknya mereka ini lebih banyak melakukan kerosakan di bumi, dan merbahaya kepada manusia. Tapi mengapakah mereka mendiami dalam bumi, atau adakah mereka masih terperangkap di bawah bumi dan hanya sebilangan kecil saja yang berjaya keluar masuk ke permukaan bumi? Ini satu persoalan yang amat menarik untuk difikirkan.

Kalau anda mengkaji pula kisah kapal-kapal dan kapalterbang yang hilang begitu saja di Segitiga Bermuda, anda akan dapati bahawa ianya agak pelik sedikit. Kadangkala kapal-kapal yang hilang ditemui semula dalam keadaan baik, tapi tidak seorang pun anak kapalnya ditemui semula, walaupun beratus-ratus kapal termasuk kapal selam tentera dan beratus-ratus kapalterbang termasuk pesawat pejuang tentera telah hilang di sana. Apakah ia ada kaitan dengan kaum Naga? Kaitannya belum pasti, tapi kehilangan secara misteri memang sudah berlaku. Ada sarjana menyatakan bahawa terdapat 12 tempat yang sifatnya seakan serupa dengan Tigasegi Bermuda di atas muka bumi ini, dan tidak semuanya berada di kawasan lautan. Telah banyak kehilangan manusia terjadi di atas muka bumi ini. Saya pernah terbaca bahawa pernah terjadi satu kumpulan tentera berjumlah ribuan orang hilang tanpa kesan dalam masa 1 hari. Tidak ada seorang pun yang tahu ke mana sebenarnya mereka telah pergi dan siapakah yang telah mencolek mereka.

No comments: