catatan baru

Tuesday, June 16, 2009

Menyamar..

Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan… pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat. Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang. Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan kekedai di kampungnya… Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. “Hey Hashim…” Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang…

dia segera mengubah penyamarannya.. kali ini sebagai Syeikh Arab…. Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang… Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek…. Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi..”

Tiba-tiba nenek berkata ” Hey Hashim” Kerana kehairanan yang amat sangat… “Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?”

Nenek itu menjawab.. “La engkau ni… ini aku la… Roslan!”

Thursday, June 4, 2009

..Lepaskan Sebentar Masalah Di Pundak Anda..


Seorang Pensyarah Sedang Memberi Kuliah Tentang Stress Management,

 Dia mengangkat segelas Air dan bertanya kepada Mahasiswanya

"Berapa beratkah Segelas Air ini pada fikiran anda Semua"??

Mahasiswa mengatakan beratnya anggaran dari 20 gram hingga 500 gram.

"Ini bukanlah masalah berat secara total,tetapi tergantung kepada berapa lama anda memegang nya. Jika saya pegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya pegangnya selama 1 Jam, lengan kanan saya akan terasa sakit. Dan jika saya pegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggil Ambulans untuk saya, tapi semakin lama saya memegangnya, maka beban nya akan menjadi semakin berat".

 

Jika kita membawa beban kita terus menerus,lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya "."Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum menganggkatnya lagi ". Kita harus meninggalkan beban kita secara periodik, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawa nya lagi.

 

Jadi sebelum pulang kerumah, dari pejabat dan sebagainya, tinggalkan beban perkerjaan. Jangan membawanya pulang !!! beban itu dapat diambil lagi besok. Apapun beban yang ada di pundak anda hari ini, cuba tinggalkan sejenak jika boleh....!!!

Setelah berehat ambilnya kembaliHidup ini Singkat, Jadi Cubalah Menikmatinya!!!!

ps: Hal terindah dan terbaik didunia ini tak dapat dilihat atau disentuh,Tetapi hanya dapat dirasakan jauh di relung hati anda ...(fikir2kan lah )"

Wednesday, June 3, 2009

Banyak Masalah Oo....



Hari ni aku hadapi banyak masalah...
dari semalam lagi...
Lpas tu dari awl pagi lagi masalah gak melanda...

Huh... Memang itulah hidupkan..
Kalau tak da masalah... Bukn hidup gak namanya kan..
Cubalah korg hidup tanpa masalah...

Maknanya hdup secara senang lenang....
Apalah yang akan kita pelajari dan buat...
Maknanya manusia akan menjadi buntu dan hilang segala ilmu..
Apa yang mereka tau hanyalah.....
Kehidupan yang penuh dengan senang lenang tanpa susuah payah....

Nampaknya... Semakin meningkat ke alam remaja...
Semakin banyak masalah yang akan melanda hidup aku.....
Tak kiralah...
Dari semua arah pun masalah itu kan pasti
dan pasti datang...

Jadi... pesan saya... Sebelum buat keputusan tu....
Fikir-fikirkanlah dahulu....
Jangan buat keputusan secara melulu...
Kerana SYAITAN sentiasa berusaha untuk menghasut umat manusia
ke ARAH KESESATAN....... YANG NYATA..... Salam...

Tuesday, June 2, 2009

Gerakan FREEMASON sedunia


Alhamdulillah, setelah seminggu aku habis lagi baca satu lagi buku Harun Yahya. Gerakan Freemason Sedunia. Buku tak tebal pun. Sebab sifat malas yang tebal. Dah seminggu baru nak habis baca. Apa pun aku nak kongsi sedikit berkenaan pembacaan ini. Walaupun ada yang lebih memahami tentang freemason ni, aku tetap nak keluarkan pendapat. Setelah membaca sekerat dua..Sampaikanlah ilmu itu walau se-ayat pun..Betul tak..?

Freemason secara umumnya adalah gerakan anti agama. Walaupun mereka tetap menjalankan beberapa upacara ritual, mereka tetap menolak Tuhan. Gerakan ini hanya percaya manusia yang mempunyai kedudukan tertinggi akan dianggap sebagai Tuhan. Tidak hairanlah gerakan ini berasal dari Mesir purba yang mengagungkan firaun sebagai Tuhan kerana kedudukannya. Gerakan inilah yang telah memesongkan semua agama samawi yang telah dibawa oleh Nabi-nabi terdahulu. Walaupun pada asalnya mereka beragama, kerana terpengaruh kepada simbol-simbol dan catatan Mesir purba, mereka sanggup mengubah sedikit demi sedikit agama samawi yang sebenar sehingga menjadi sesat lagi menyesatkan. Dikhabarkan freemason mula wujud sejak zaman Nabi Allah Sulaiman AS. Dimana Nabi Sulaiman sememangnya mempunyai nikmat untuk mengawal segala kehidupan termasuk angin dan syaitan. Maka fahaman mereka adalah manusia ini patut disembah. Sedangkan Sulaiman seorang yang taat da patuh pada perintah Allah. Inilah permainan syaitan yang cuba memasukkan kesesatan dalam lubuk hati manusia yang lemah dan jahil. Sehungga boleh mewujudkan tentera syaitan yang berada di kalangan manusia. Nauzubillah.

Gerakan freemson meneruskan agendanya menekankan fahaman anti agama kepada manusia hingga ke hari ini. Sehingga mereka yang bijak pandai juga boleh terpengaruh dengan dogma penipu yang dihujjahkan seperti benar. Freemason adalah satu lagi musuh Islam yang cuba memberi gambaran tentang aspek sebenar ketuhanan dari segi Islamnya. Freemason menyokong apa sahaja fahaman anti-agama seperti darwinisme, humanisme dan komunisme walaupun matlamat perjuangan mereka berlainan. Ternyata freemason hanya ingin merosakkan aqidah manusia daripada kepercayaan kapada kuasa Yang Esa. Walaupun mereka masih gagal merosakkan agama suci ini kerana Allah SWT telah menjamin kesucian Islam hingga hari kiamat, mereka berusaha mengubah pemikiran Muslim. Tidak mustahil serangan pemikiran yang melibatkan golongan muda kini terlalu hebat dan hanya sedikit yang 'survive'. Jika berkesempatan, bacalah buku ini. bolah 'download' di internet juga. Nak baca terus di internet pun boleh. Terima kasih kepada harun yahya yang berjaya mengungkap satu lagi tajuk yang menarik dan berguna hingga orang yang malas membaca pun boleh baca.

P/S : Semasa aku 'syok' membaca buku ni, aku terkejut menjumpai perkataan Sefiroth(saluran darah dan wajah-wajah Tuhan) dan Jenovah(Tuhan). Untuk sesiapa peminat Final fantasy mesti pernah jumpa perkataan ni. Dalam filem 3D yang aku pun suka. Final Fantasy Advent Children. Menurut filem ni, Sefiroth adalah askar yang ingkar kerana terkena virus jenovah(yang aku faham la). Dah namanya final fantasy, tak hairanlah fantasinya sama dengan freemason yang jauh daripada kebenaran. Cuma fantasi.
Posted by Insan Biasa at 3:27 PM 0 comments Links to this post

Umat Islam Akan Mengikut Langkah Yahudi Dan Nasrani


Dari Abu Sa'id Al-Khudri Ra. ia berkata: Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya. "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang Tuan maksudkan?" Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, "Siapa lagi?" (kalau bukan mereka). (HR. Muslim)

Keterangan
Umat Islam akan mengikuti jejak langkah atau "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nashrani, hingga dalam urusan yang kecil dan yang remeh sekalipun. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.

Pada zaman sekarang, kita dapat melihat kenyataan sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ini. Banyak orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru "cara hidup" Yahudi dan Nashrani, baik disedari ataupun tidak. Banyak orang Islam yang telah terperangkap dalam tipu muslihat Yahudi dan Nashrani dan ada pula yang sekaligus menjadi alat untuk kepentingan mereka. Ya Allah ! Selamatkan kami dari mereka.

Penulis : Amat sedih jika kita fikirkan. kadangkala kena pada batang hidung sendiri. Cara hidup oramg kafir sedikit sebanyak telah meresap dalam masyarakat. Dari segi pergaulan, pakaian, muzik, sukan, dan pendidikan pun kita kita nak ikut. Kita bagi macam2 alasan untuk menghalalkan apa yang kita buat. Sedangkan kita tau memang tak elok. Tipu diri sendiri. Barat buat amarican idol, kita ikut bodoh bulat-bulat malaysian idol, barat buat filem kereta, kita bukan saja buat filem kereta, dengan bohsia pun kita buat. Alasan nak timbulkan kesedaran adalah alasan paling bodoh dan alasan ini jelas diterima. Kita juga ke arah pergaulan bebas walaupun masih terkawal. Barat tonjolkan 'couple' sebelum kahwin adalah sangat perlu. kita ikut hinggakan orang yang tak ber'couple' kelihatan asing..Maka beruntunglah orang yang asing..Ya Allah..kuatkanlah kami...
Posted by Insan Biasa at 12:47 AM 0 comments Links to this post

Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Umat Islam


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (Riwayat Abu Daud)

Keterangan:
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya. Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit “wahan” yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan “takut mati”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah swt. Kita berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

Penulis : Ini amat ketara telah berlaku. Kini barat sibuk menyajikan kita pelbagai jenis hiburan yang boleh mematikan jiwa. Mereka seperti mengerumuni kita dan memberi pelbagai hiburan kepada kita dan kita hanya mengikut dengan taat. Umah Islam sangat ramai. Tetapi bukan semua yang mengamalkan sebenar-benarnya ajaran Islam. Kita menang dari segi kuantiti, tetapi tiada kualiti. ramai di antara kita terjebak dengan penyakit al-wahnu iaitu cintakan dunia dan takut mati. Tidak rela bermati-matian untuk menegakkan Islam. Berbeza dengan umat terdahulu yang hidup dam matinya untuk agama. Semoga kita semua sentiasa sedar dan berusaha memperbetulkan kelemahan diri. Peringatan untuk diri dan sahabat....
Posted by Insan Biasa at 9:45 PM 0 comments Links to this post